Bodykit... The Option.
Ingin berkongsi pendapat mengenai bodikit2x yang boleh didapati di pasaran untuk HR34. Kita bermula dengan option yang paling murah hingga option yang boleh memokaikan saku anda.
Option 1: Bodikit JDM / Factory Bodikit.
Untuk option 1, saya maseh kurang lip depan.. side dan rear skirt sedang menunggu untuk di peragakan.
Untuk model ini ada 2 jenis spoiler iaitu duck tail dan spoiler biasa. Spoilernya agak rendah sedikit dari model coupe.
Option 2: Ada juga yang menyalin dari model R34 yang lain, seperti, bumper depan dari model coupe.. 98 model kalau tak silap.
Atau full front GTR34.. bukan fiber yer.. "tulen bang"
Option 3: Aftermarket Bodikit..
Bodikit Uras D1 Style
Bodikit uras .. bodikit yang di sukai ramai. kebanyakan bodikit aftermarket ini datang dari Jepun dan diperbuat dari fiber.. bukan fiber yang macam dujual kat kedai ABANG yer.. Fiberglass Japan quality dimana agak tebal. Harga lebih kurang NZ$600..
Full GTR34 bodikit dari East Bear..
Bodikit nih memang den minat.. kat NZ belum masuk lagi jadi tak dapat la nak bagitau harganya.. cuma yang pasti ada budak kat malaysia dah bawa masuk dan jual. Kalau tak silap, harga siap pasang dan cat.. kira-kira RM15k gak la... gulp.. RM15k.. tak sanggup.. hehehe
Bodikit dari Prestige.. ala-ala VIP gitu..
Bodikit dari Origin.. ala-ala VIP jugak..
Kedua-dua bodikit dari origin dan prestige ni dapat dari EBAY jepun.. jadi harga nya memang mahal la jugak bila termasuk kos penghantaran dari negara matahari naik tu.. bodikit ni pun nampaknya belum dibawa masuk ke sini.. kat Malaysia entah le..
Option terakhir pulak adalah dengan mengambil bahagian dari bodikit tuner2 yang memang dah glamer seperti Nismo, Top secret, Impul.. Do luck dan sebagainya.
Bumper depan Nismo, Top secret dan Do Luck
Sebenarnya banyak lagi modifikasi yang boleh dibuat untuk mengubah rupa sesebuah kereta.. terpulang kepada owner samada untuk mengJDMkan nya atau merojakkan rupa kereta, asalkan jangan masuk muka depan Supra ke r34 sudah la.. Apa pendapat rakan2.. option mana yang menarik mata memandang?