Salam.. agak lama tak berkesempatan mengupdate kan blog nih.. macam2 yang terjadi dari awal tahun hingga la ke sekarang.. yang terbaru adalah kehadiran insan baru dalam keluarga kami ..
Assalamualaikum wbr
Kepada semua para sahabat, ingatan dibawah hanya untuk ingat dan mengingati diri saya, keluarga dan umat Islam sedunia.
Insya'allah
Valentine's Day
Mengikut sejarah, Valentine seorang paderi yang mempunyai pengaruh besar pada zaman pemerintahan Ratu Isabela di Sepanyol. Kedudukannya dikatakan kedua selepas paderi besar Pope.
Dikisahkan Valentine memainkan peranan ketika memainkan peranan ketika menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol.
Jasanya dianggap tidak mungkin dilupakan dan harus hargai. Justeru, tarikh 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum untuk meraikan kemenangan diterajui Valentine setiap tahun.
Berdasarkan sumber sejarah asal-usul Hari Kekasih, jelaslah ia satu tradisi dalam agama Kristian dan sangat diraikan penganut agama berkenaan.
Persoalannya, kenapa pula anak muda Islam di Malaysia beria-ria sangat turut meraikannya?
Seharusnya, anak muda generasi kini bangkit dan sedar tentang tanggungjawab mereka pada masa hadapan daripada terus dibuai mimpi yang tiada kesudahan.
Sekian....
Oleh Muhammad Azli Shukri
"Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya. " - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki.
Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar angin daripada menyelidik untuk mencari kebenaran. Lantaran itu, apabila kejahilan yang kita ikuti pasti akan mendekatkan diri kita ke gaung kehancuran. Isu memboikot restoran makanan segera KFC telah dilancarkan secara besar-besaran dalam kalangan bloggers, saya tidak tahu sama ada ia berlaku secara terancang, mahu pun terjadi atas dasar kejahilan kita sendiri. Namun demikian, hal ini sedikit sebanyak mengundang rasa kecewa dalam kalangan pengurus-pengurus kanan KFC Holdings Berhad - dan sudah tentu juga bagi Pihak Tan Sri Muhammad Ali Hashim, CEO JCorp yang menguasai syarikat Kulim Berhad, dan pada masa yang sama, Kulim Berhad merupakan pemegang saham terbesar dalam KFC Holdings Berhad.
Nampaknya, kejahilan dan kebodohan kita selama ini, telah menyebabkan kita tidak mahu menyelidik dan mencari kebenaran, malah lebih gemar mendengar khabar angin daripada realiti. Tidak ramai yang tahu betapa susah dan gigihnya kumpulan Tan Sri Muhammaa Ali Hashim bertungkus-lumus untuk beberapa tahun, semata-mata mahu menguasai KFC Holdings daripada tangan orang lain. Keluar masuk mahkamah dan pelbagai lagi cabaran, demi memastikan KFC Holdings menjadi milik orang Islam. Namun demikian, apabila kita malas untuk mencari kebenaran, maka yang kita peroleh adalah kejahilan. Dan apabila kejahilan yang kita sebarkan ia bukan sekadar membuka pintu fitnah, bahkan menunjukkan mentaliti umat Islam yang lebih mudah dipengaruhi oleh khabar angin daripada menyelidik terlebih dahulu sesuatu maklumat yang diterima.
Sejak akhir-akhir ini tersebar luas kempen untuk memboikot KFC di seluruh Malaysia, tidak kurang juga risalah yang bertaburan di masjid-masjid menyeru umat Islam Malaysia agar memboikot KFC Malaysia. Yang lebih malang, kempen boikot KFC yang penuh dengan fitnah ini datangnya daripada mulut mereka yang tahu hukum hakam agama bahkah bergelar Imam dan Ustaz. Padahalnya, mereka sendiri tanpa sedar menyokong rejim Ziones dengan menghisap rokok di kaki tangga masjid. Bukankah lebih molek dan baik jika lakukan kempen membiokot rokok? tidakkah kita tahu rokok itu haram hukumnya? membawa banyak fasad (kerosakan) ke atas tubuh badan manusia? Dan pelik apabila ada manusia yang menyuruh memboikot makanan yang halal tetapi berdiam diri tentang rokok? Mengapa sampai begitu jahilnya kita ini? Jika kita rasa bahawa kita tidak tahu, sama ada KFC Malaysia terlibat dalam menyalurkan royalti (bayaran cukai) kepada KFC Amerika Syarikat yang menyokong Israel, lebih baik kita diam. Jangan membawa fitnah ke sana ke mari, semata-mata kerana kita sendiri tidak berapa pasti maklumat tersebut dan hanya mendengar khabar angin.
Saya sempat menghubungi pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim sebentar tadi- ternyata mereka sangat kecewa dengan kempen kotor lagi tidak bermaruah ini. Jelas, masyarakat kita kurang mengambil berat terhadap kesahihah sumber maklumat dan kurang amanah dalam ilmu pengetahuan. Perlu dijelaskan, bahawa KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat. Cuma membayar yuran penggunaan jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal di makan tidak seperti rokok.
Menurut Pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, ini semua adalah fitnah dan boleh menjejaskan pendapatan para pekerja di restoran-restoran KFC di seluruh Malaysia yang berjumlah 19 000 orang itu. Malah, rata-rata pekerjanya terdiri daripada orang Melayu-Islam. Jika para pemboikot itu sanggup menyediakan pekerjaan baharu kepada mereka, itu tiada masalah, silalah boikot. Tetapi malangnya, yang kita tahu hanya memboikot, apabila disuruh untuk menderma ke dalam tabung bantuan rakyat Palestin kita hanya sanggup masukkan RM 5 saja ke dalam peti derma di tepi pintu masjid. Sekarang, mari kita bertanya di manakah kita letakkan keutamaan jihad kita? memboikot sebuah produk yang terbukti salah untuk diboikot atau menggandakan jumlah derma kita kepada rakyat Palestin? Tepuk dada, tanya iman dan bukan tanya kepada Aiman.
Saya tegaskan sekali lagi, tiada salah untuk memboikot - tetapi biar secara bijaksana, berhikmah dan berilmu. Pilih betul-betul produk yang jelas menyalurkan bantuan kepada Rejim Ziones tersebut, jangan main sedap boikot saja. Umat Islam mundur kerana kita ketepikan soal (bijaksana) sebab kita jarang baca al-Quran. Lantaran itu kita mudah diperkotak-katik oleh bangsa lain. Adalah lebih baik pada pandangan saya kita boikot semua jenama rokok. Jelas ia memudaratkan kesihatan, malah jenama syarikat-syarikat besar rokok antarabangsa belum tentu selamat daripada dikaitkan dengan negara Israel.
Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sesiapa sahaja, pergilah menjamu selera di restoran-restoran KFC, jangan ragu dan jangan gusar. Ia bukan sahaja halal, malah KFC Malaysia adalah milik orang Islam dan tidak terlibat dalam menyumbang wang atau royalti kepada negara Israel. Malah, ramai yang tidak tahu berapa juta ringgit yang telah didermakan oleh JCorp hasil keuntungan KFC kepada tabung rakyat Palestin. Semua ini memerlukan kita berhati-hati sebelum memboikot.
Gambar : Penulis bersama dengan Tan Sri Muhammad Ali Hashim di Pejabatnya. Beliau yang bertanggungjawab memperkenalkan Jihad Bisnes dan Jihad Ekonomi. Usaha beliau harus dipuji dalam menegakkan Islam melalui perniagaan.
Dua tiga minggu ni asyik berjalan je story nye..2 minggu lepas berjalan ke Paraparaumu.. minggu lepas plak berjalan ke Hamilton utk berbbq.. minggu ni tajuknya still berjalan.. cuma berjalan dalam kawasan rumah aje la.. dan yg berjalan pulak adalah si budak kecik sorang ni Ahmad Ryan Iskandar..
Sejak dah boleh berjalan ni.. makin tak tercontrol la mak dan ayah nya nih.. semua pintu nak kena tutup.. saksikan lah live dari wellington.. aksi budak kecil baru pandai jalan..
sekian..
Join our neighbour last saturday for picnic... driving about 1 hour to north..thank god for the nice sunny day..
Untuk gambar selebihnya..
Pada 25/10 hingga 20/11 yang lalu kami berkesempatan pulang ke tanah air.. dah tak daya rasanya asyik delay je.. org di kampung pon dok tertunggu - tunggu.. So amik flight direct dari Auckland ke KLIA.. dan KLIA ke penang.. hampir 11 jam dalam flight nasib baik baby tak meragam.. tiba nya di Penang airport, risau gak la dengan barang2 yg dibawak.. intercooler member nih, jersey all black je dah 7 helai.. safc lagi... manatau kena tax pulak nanti.. nasib baik lepas..
Tiba di pintu ketibaan, kelihantan mak, abah , bg bidi dan kawan nya menunggu.. ahhh lega... sampai jugak akhirnya..
Namun sebulan sebenarnya tak lama.. setelah pergi ke kampung di perak,, pi KL(opis, jumpa kawan2 dan saudara dan bershoping).. balik Johor( Umah wife).. balik segamat(atuk wife).. p KL semua(sambung shoping dan jumpa kawan2 & saudara).. balik semula ke perak.. sibbaik tak payah balik semula ke KL sebab flight dr penang je..
Insyallah tahun 2009 cuba untuk balik lagi...
Raya kali ini merupakan kali kedua kami beraya di perantauan.. bezanya kali ini kami ditemani oleh ahli keluarga baru kami iaitu anak kami yg pertama..
Sempena hari yg mulia ini ingin kami menyusun sepuloh jari memohon kemaafan buat keluarga di Perak dan Johor, adik, abang dan kakak2, kawan kawan diNISMOCLUB Malaysia, geng2 Y10 dan tak lupa pada adik beradik sekalian walau dimana jua berada.. Juga tak lupa ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.. insyallah bulan november nanti kami sampai.. jangan habiskan duit raya yer.. nak collect backpay nanti.. heheehhee
Jamuan ringan di HICOM selepas sembahyang raya bersama student..
Nanti kan update untuk sambutan hari raya pada 5 Oktober ini di HICOM.. insyallah.
Jumpa klip nih waktu dok cari lagu - lagu lama kat u-tube. Memang layan zaman sekolah dulu.. lagu memang asal cuma dah di translate ke bahasa melayu sarikatanya... jadi kelakar pulak.
on Ahli baru...